Warning: include_once(/home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/components/com_eventgallery/vendor/autoload.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/plugins/system/picasaupdater/picasaupdater.php on line 28

Warning: include_once(): Failed opening '/home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/components/com_eventgallery/vendor/autoload.php' for inclusion (include_path='.:/opt/cpanel/ea-php74/root/usr/share/pear') in /home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/plugins/system/picasaupdater/picasaupdater.php on line 28
TENTANG ITP

Warning: include_once(/home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/components/com_eventgallery/vendor/autoload.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/plugins/content/eventgallery_multilangcontent/eventgallery_multilangcontent.php on line 45

Warning: include_once(): Failed opening '/home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/components/com_eventgallery/vendor/autoload.php' for inclusion (include_path='.:/opt/cpanel/ea-php74/root/usr/share/pear') in /home/itpmelak/public_html/instituttunperak.my/plugins/content/eventgallery_multilangcontent/eventgallery_multilangcontent.php on line 45

LATAR BELAKANG INSTITUT TUN PERAK

Institut Tun Perak yang dikenali sebelum ini sebagai Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1994 yang diperbadankan di bawah akta syarikat berhad menurut jaminan dan tidak mempunyai modal saham.  Institut Tun Perak adalah syarikat yang tidak mencari keuntungan.

Institut Tun Perak yang dulunya dikenali (IKSEP) berperanan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda agar menghayati secara mendalam tentang sejarah warisan bangsa dan juga meningkatkan semangat penghayatan patriotism yang tulen kepada tanahair.

Penubuhan IKSEP pada ketika itu adalah selaras dengan resolusi Konvensyen Melaka Dalam Warisan Dunia yang diadakan pada April 1993 di Melaka.  Pelancaran rasmi dilaksanakan oleh Ketua Menteri Melaka sempena Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia pada 16 Ogos 1994 di Dewan Hang Jebat, Pusat Ekspo, Air Keroh, Melaka. 

Pada 28 Jun 2018, YAB Ketua Menteri Melaka pada ketika itu di sidang medianya telah mengumumkan nama Institut Kajian Sejarah Patriotisme Malaysia (IKSEP) ditukar kepada Institut Tun Perak (ITP).

Menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 22  Oktober 2020 yang lalu dipengerusikan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman bin Md Ali, memutuskan bahawa Institut Tun Perak diperluaskan skopnya sebagai badan pemikir untuk Kerajaan Negeri Melaka yang berperanan membantu Kerajaan Melaka dalam menggubal, polisi, ekonomi, inovasi dan menjalankan kajian serta penyelidikan strategik untuk manfaat rakyat dan Negeri Melaka dengan penjenamaan semula logo, visi, misi serta matlamat ITP.