
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana laman web ini akhirnya telah berjaya dilancarkan.
Laman web ini adalah gerbang informasi untuk rakyat Melaka dan warga Malaysia amnya untuk mendapatkan maklumat mengenai Institut Tun Perak selaku Institut Pemikir rasmi bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya CEO Institut Tun Perak iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan kakitangannya yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan laman web ini.
Saya doakan semoga Institut Tun Perak akan terus berkembang atas misi menjadi Institut Pemikir terulung di Melaka, Malaysia serta mahupun di seluruh dunia.
InsyaAllah. Wallahu A’lam.
Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh
Ketua Menteri Melaka

